Tuesday, January 27, 2015

Rumah Transit Mangsa Banjir Kuala Krai oleh ADUN Bangi, Bangi Care dan Unit Amal Kawasan Serdang

Sabtu 24 Jan 2015 - Gerak kerja pemasangan 6 unit rumah rakyat pasang siap Bangi Care & Pejabat YB Adun Bangi oleh Jabatan Amal Malaysia Kawasan Serdang bersama penduduk kampung Kuala Nal telah bermula semenjak Jam 9.00 pagi. Keneam-enam rumah tersebut telah berjaya didirikan dalam masa sehari iaitu sehingga jam 9.00 malam. 

Menurut Komander Amal Kawasan Serdang Sdr. Shehdi Hazrik, seramai 15 anggota Amal kawasannya telah turun memasang rumah-rumah tersebut dan dibantu lebih kurang 10 ahli PAS Kawasan serta penduduk Kampung Kuala Nal. Sebahagaian anggota amal kawasan serdang pula telah dikerahkan untuk membantu sukarelawan membersihkan rumah-rumah mangsa di Dabong yang diketuai oleh Timbalanya Sdr Nadzir. 

Kerja pemasangan tersebut telah diketuai oleh Sdr Hanafiah selaku Pengurus Projek Bangi Care yang turut bersama membantu memasang rumah tersebut yg bernilai RM15 ribu seunit. Sejumlah RM90 ribu sumbangan dari pelbagai pihak termasuk cawangan-cawangan PAS Kawasan Serdang, Pasti Dewan Pemuda Serdang, Dewan Muslimat Serdang serta badan-badan NGO telah diterima oleh Bangi Care bagi mendirikan 6 unit rumah semi D berkeluasan 10x25 seunit itu. 

Rumah tersebut telah diberikan kepada Mangsa Banjir yang kehilangan rumah mereka akibat Banjir, dan peneriama terdiri daripada Warga Emas dan Keluarga yang baru menerima kelahiran anak yang telah deserahkan secara rasmi pada hari perasmian esoknya oleh Dato Abdul Fatah Mahmood Exco Perumahan dan Tempatan Kerajaan Negeri Kelantan mewakili Menteri Besar Kelantan. Turut hadir YB Ustaz Shafie Ngah serta Nazir Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi Ustaz Hj Mohd Napiah Sahrani (selaku penyumbang terbesar RM40 Ribu)












Monday, December 22, 2014

Belia dan Amal Buka Pusat Sumbangan Bantu Mangsa Banjir

Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang dan Persatuan Belia Prihatin bersama beberapa pertubuhan NGO Islam merasa terpanggil untuk memberi bantuan dan sumbangan bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir di lembah pantai terutama di Kelantan.

Justeru itu, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Serdang mengambil tanggungjawab membuka Pusat Sumbangan Bencana Banjir Pantai Timur bertempat di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi.

Bagi memudahkan warga Lembah Klang yang pemurah untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan, Orang ramai terutama warga Bangi, Sri Serdang dan Balakong boleh menghantar barangan sumbangan mereka di pusat pengumpulan tersebut.

Menurut Komander Jabatan Amal Malaysia Kawasan Serdang , Sdr Shehdi “Kontigen Amal Selangor sekarang sedang bergerak malalui 3R iaitu Rescue, Relief dan Recovery dan sekarang kami sedang bergerak di tahap kedua iaitu ‘Relief’ sebelum tahap akhir iaitu Recovery digerakan setelah banjir surut nanti. menurut beliau, bagi tahap ini mereka akan mengumpulkan semua barang-barang sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa banjir seperti makanan dalam tin seperti sardin, kari ayam, tuna dan sebagainya dan juga air mineral, mee segera, mee hun serta keperluan asas seperti selimut, tikar, lampin bayi pakai buang dan pakaian kanak-kanak serta keperluan wanita.

"Keperluan ini sangat mendesak dan amat diperlukan oleh magsa banjir, kita perlu bantu mereka terutama warga kota dan lembah klang" ujarnya.

Tambahnya, para penyumbang juga boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk kegunaan melaksana misi banjir ke akaun Bank Muamalat (M) Berhad atas nama Unit Amal Serdang, nombor akaun 1210-00000-207-18 atau ke akaun Maybank Bhd, atas nama Akaun Tabung Amal Serdang Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang, nombor akaun 5628-3463-2741.

Para penyumbang boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut, Shehdi (012-3848959) dan Ustaz Idris (013-2966549).

Tuesday, December 9, 2014

Kenyataan ISMA terhadap cadangan ADUN Bangi


http://www.ismaweb.net/2014/12/perkaumkan-masjid-shafie-ngah-keliru-fakta/

Masjid Berasaskan Reka Bentuk Cina -ISMA yang keliru

Kenyataan Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd. Rahman terhadap cadangan yang dikemukakan oleh ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah untuk mendirikan sebuah Masjid di negeri Selangor dengan reka bentuk bercirikan identiti budaya masyarakat Cina boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat dan ianya juga menunjukkan sikap perkauman yang tebal dalam pertubuhan tersebut. 

Fakta yang dihidangkan dalam kenyataan Presiden ISMA pula tidak benar kerana Malaysia bukan sahaja mempunyai banyak masjid dan surau bercirikan seni bina rumah masyarakat Melayu malahan sudah ada masjid dan surau dibina dengan bercirikan identiti bangsa lain terutama bangsa India dan Cina. Ditambah lagi sudah ada masjid sebegini yang mendapat perkenan daripada Raja Muda atau Sultan Negeri bagi membina dan merasmikannya (seperti Masjid Muhammadiah, Ipoh dan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kelantan).

Di antara masjid tertua di Tanah Melayu adalah masjid Kampung Hulu. Masjid yang dibangunkan pada tahun 1728 semasa pendudukan Belanda ini merupakan masjid tertua di negara ini yang mempunyai cantuman seni bina Sumatra, Hindu dan Barat. Seterusnya Masjid Tengkera dan Masjid Tanjung Kling di Melaka yang sekali pandang berbentuk seperti bangunan tokong. Ini semua melambangkan sejarah ketamadunan Islam di Tanah Melayu ini yang membuktikan agama Islam itu sendiri telah menyatukan seluruh bangsa dan mencorak ketamadunan masyarakat Islam di rantau ini.

Kenyataan Presiden ISMA bahawa akan wujud jurang pemisah dalam kalangan umat Islam jika mereka dipisahkan kepada masjid Melayu, masjid Cina dan masjid India adalah kenyataan tidak berasas sama sekali. Ini adalah kerana Masjid merupakan tempat awam di mana masyarakat Islam tidak kira bangsa melakukan aktiviti ibadah dan kegiatan agama mereka. Tiada istilah pengasingan kaum dalam penggunaan masjid. Apa yang dicadangkan hanyalah merujuk kepada binaan reka bentuk masjid sahaja agar ianya dilihat lebih majmuk. Selama ini tidak ada kedengaran atau timbul sebarang isu pun berkaitan penggunaan Masjid India di Kuala Lumpur, Masjid Kapitan Keling dan sebagainya dikhususkan untuk sesuatu bangsa sahaja. Mengapa pula isu pemisahan bangsa ini ditimbulkan sedangkan Islam memandang semua bangsa sama sahaja. 

Mengulas mengenai kenyataan YB Ustaz Shafie Ngah, cadangan membina masjid bercirikan identiti masyarakat Cina ini bakal memecahkan stigma atau kefahaman bahawa "Islam adalah milik Melayu sahaja" dan slogan bahawa "Melayu sepakat, Islam berdaulat" itu tidak betul. Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah mendaulatkan Islam dahulu dan kesannya semua akan selamat termasuklah Melayu dan semua bangsa-bangsa lain. Malahan makhluk yang lain seperti binatang juga akan selamat apabila kita meletakkan Islam sebagai keutamaan.

Pembinaan masjid ini juga mengambil kira faktor masyarakat Malaysia yang membabitkan pelbagai kumpulan etnik, budaya dan bahasa. Malah, Persatuan Cina Islam Malaysia juga pernah mengumumkan cadangan membina sebuah masjid sendiri di Kuala Lumpur dengan bercirikan seni reka bentuk Cina. Diharapkan masjid ini mampu menjadi pusat pendidikan dan pemahaman Islam dan seterusnya sebagai medan memperluaskan lagi dakwah Islam terhadap etnik dan bangsa lain sesuai dengan slogan "Islam Rahmat Untuk Semua".

Kami dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang menyokong penuh cadangan dan saranan YB Ustaz Shafie Ngah agar dibina sebuah masjid yang mempunyai ciri seni bina budaya bangsa Cina di Negeri Selangor ini.

-JAKS-

Saturday, November 29, 2014

Majlis Berkhatan Perdana Bandar Bukit Mahkota

Unit Amal Serdang sekali lagi dipanggil dan diberi kepercayaan oleh Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 dalam menjaga keselamatan dan lalulintas di program tahunan mereka - Majlis Berkhatan Perdana dan Free Market@BBM. 

Program tahunan ini mendapat sambutan yang amat baik dari seluruh penduduk Bandar Bukit Mahkota, lebih-lebih lagi pada musim sekolah ini. Selain itu juga, program Free Market@BBM juga diadakan khasnya meraikan ibu tunggal di kawasan Bandar Bukit Mahkota dan anak-anak yatim yang berdekatan. Konsep Free Market ini tiada unsur jual beli, hanya ada sedeqah amal jariah sahaja. Pengunjung boleh mengambil apa sahaja barangan yang ada hanya dengan senyuman sebagai bayaran.

Selain Unit Amal Serdang, Bomba Penyelamat Bangi juga turut serta dalam Majlis Berkhatan Perdana ini dengan menyediakan air semburan untuk anak-anak yang bakal dikhatankan.

Semoga usaha murni ini mendapat redha Allah Ta'ala.

Amalulillah!






















Tuesday, November 11, 2014

Unit Semboyan: Langkah Maju Jabatan Amal Negeri Selangor



Bencana Banjir Besar tahun lepas di Kuantan dan Terengganu telah membuka mata semua agensi kerajaan dan NGO terhadap peranan 'Tentera Merah' Unit Amal dalam membantu mangsa-mangda bencana alam ini. 

Kini JabataN Amal Negeri Selangor merangka setapak lagi bagi memastikan segala peranannya tersusun melalui bekerjasama MARES dlm pembetukan satu pasukan perhubungan awam dalam misi mencari dan menyelamat melalui Radio Amatur atau HAM Radio.

Unit Semboyan Jabatan Amal Negeri Selangor akan berperanan sebagai kunci penghubung kepada semua Jabatan Amal Kawasan malah unit-unit Semboyan Negeri lain dalam menggerakan misi bantuan kecemasan dan menyelamat bersama agensi keselamatan Negara yang lain. 

Maka peranan ini tidak boleh dianggap ringan kerana misi pasukan ini amat besar dlm memastikan semua bantuan sampai kepada mangsa-mangsa bencana. Kejadian terputusnya semua alat komunikasi awam semasa bencana banjir dahulu merupakan satu pengalaman yang perlu menjadi pengajaran pada kita. Dengan tertubuhnya unit ini diharapkan Jabatan Amal Negeri Selangor akan terus kehadapan dan disegani sebagai agensi Penyelamat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Shehdi Hazrik
ALP JAN Selangor
Kmdr. Amal Kaw. Serdang

Wednesday, November 5, 2014

Makluman Kebajikan JANS

MAKLUMAN KEBAJIKAN JANS (Jabatan AMAL Negeri Selangor)

Anak Ustaz Aie (AMAL Puchong) yang baru di lahirkan belum lagi keluar hospital dan berharap kepada mesin pernafasan saja. Menurut kata doktor berkemungkinan anaknya akan duduk lagi lebih lama di hospital kena tidak boleh bernafas dengan sendiri dan berharap kepada mesin pernafasan saja. Berat anaknya kurang dari kuota standart tumbesaran bayi dalam anggaran 1 kg lebih. Beliau dan isteri terpaksa berulang- alik ke hospital bg memantau keadaan bayinya.

Beliau juga mempunyai anak lain yang harus di beri perhatian. Oleh itu, marilah kita membantu semampu yang mungkin dalam bentuk apa sekali pun bagi meringankan bebanan tanggunggannya.

Paling tidak marilah kita berdoa kesihatan bayinya agar cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang sejahtera.

Amiin.

segala sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun
Maybank, No Akaun: 162366953494 (Nor Akhire Ramdan)

Unit Kebajikan JANS



Jambor AMAL Kebangsaan Kali Ke-21

2 November 2014 - Selesai sudah program tahunan Amal, iaitu Jambori AMAL Kebangsaan yang berlangsung dari 30 Oktober 2014 hingga 2 November 2014 di Kampung Pai, Padang Terap, Kedah Darul Aman. 

Kontinjen AMAL Selangor tahun ini memenangi:
1. Johan Tarik Tali
2. Johan Persembahan Pentomen dan Nasyid
3. Johan Masakan Survival dan Hotel
4. Johan dan Naib Johan Gusti Lengan Ketegori B
5. Naib Johan Acara Khemah dan Gadjed
6. Tempat ke-3 Pertandingan Hafazan & Pidato


Keseluruhan Negeri Selangor mendapat ke-2. Tahniah & terima kasih peserta2 jambori terutama tim Serdang yang menjadi tulang belakang Selangor dalam setiap acara

InsyaAllah kita akan berkumpul dan bertemu sekali lagi di Rembau, Negeri Sembilan tahun hadapan.

Sirru 'ala barakatillah!

KEPUTUSAN PENUH JAMBORI JABATAN AMAL MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-21

GUSTI LENGAN

KATEGORI A
1- Negeri Sembilan
2- Perlis
3- Terengganu
4- Kelantan

KATEGORI B
1- Selangor
2- Selangor
3- Johor
4- Kelantan

KATEGORI C
1- Terengganu
2- Johor
3- Pulau Pinang
4- Pahang

AZAN, HAFAZAN & PIDATO
1- Kelantan
2- Kedah
3- Selangor

MASAKAN SURVIVAL & MAKANAN HOTEL
1- Selangor
2- Kedah
3- Pulau Pinang
4- Pulau Pinang

AMAL RACE
1- Terengganu
2- Pahang
3- Terengganu
4- Melaka

LASTIK (INDIVIDU)
1- Kedah
2- Pahang
3- Pulau Pinang
4- Wilayah Persekutuan

MEMANAH (INDIVIDU)
1- Terengganu
2- Terengganu
3- Terengganu
4- Wilayah Persekutuan

IRON MAN
1- Pahang
2- Terengganu
3- Johor
4- Melaka

KAWAD KAKI
1- Kelantan
2- Melaka

TARIK TALI
1- Selangor
2- Wilayah Persekutuan
3- Negeri Sembilan
4- Kelantan

NASYID & PANTOMEN
1- Selangor
2- Terengganu
3- Kedah
4- Johor

MEMANCING
1- Johor

KHEMAH
1- Pulau Pinang

UNIT TERBAIK
1- Kedah

KONTINJEN TERBAIK
1- Terengganu
2- Selangor
3- Kedah