Saturday, August 30, 2014

Sekitar Program Kayuhan Amal Sempena Himpunan Bangkit Gaza

Kayuhan Amal sempena Himpunan Bangkit Gaza telah berlangsung di Putra Mahkota bersama-sama YB Shafie Ngah, Adun Bangi. Kayuhan ini bermula dari Restoran Thaqwa, Bandar Seri Putra dan akan singgah di surau dan masjid berdekatan yang akan menyerahkan sumbangan mereka yang telah berjaya dikutip dari dermawan sekeliling qariah dalam membantu rakyat Gaza. 

Antara surau dan masjid yang menyerahkan sumbangan ini adalah: 
(1) Surau Ar-Raudah, Seksyen 5, Bukit Mahkota.
(2) Masjid Kampung Bangi.
(3) Surau Al-Ikhlas, Taman Impian Putra.
(4) Surau Sayyidina Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra.
(5) Masjid KUIS

Sumbangan yang dikutip akan diserahkan dalam program kemuncak Himpunan Kebangkitan Gaza Sempena Hari Kemerdekaan di Stadium MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pada malam hari sama. 

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, pengayuh tegar kawasan Putra Mahkota, team keselamatan BSP, ARC Selangor dan tidak lupa Amal Kawasan Serdang yang bersama-sama turut serta didalam menjayakan program ini. 

Alhamdulillah. Semoga semua usaha ini diberkati Allah Ta'ala.

Infiru 'ala baraktillah!!!













Tuesday, August 26, 2014

Himpunan Bangkit dan Selamatkan GAZA!!!

Jangan lupa kita bersama-sama menjayakan program sempena Hari Merdeka kali ke-57 dengan mengenangkan saudara kita yang kurang bernasib baik di Gaza, Palestin. 

Kosongkan tarikh 30 Ogos 2014 di Selayang dan 31 Ogos 2014 di Bandar Baru Bangi untuk bersama-sama Himpunan Bangkit dan Selamatkan GAZA!

JOM TURUN!!!




Saturday, August 23, 2014

Amal Kawasan Serdang TERBAIK!

TAHNIAH!!!

Alhamdulillah. Tanggal 24 Ogos 2014 melakar sejarah kepada Amal Kawasan Serdang kerana terpilih menjadi Amal Kawasan TERBAIK Negeri Selangor. 

Tahniah kepada semua penggerak AMAL Kawasan Serdang yang telah bersama-sama di dalam setiap tugasan yang diamanahkan. Semoga Allah Ta'ala memberkati sumbangan kalian semua.

Dititipkan ucapan Komander Amal Serdang sempena kejayaan ini:

Alhamdulillah. Amal serdang dipilih sebagai Amal Kawasan Terbaik, menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan cek berjumlah RM800.

Anugerah ini diberikan  kepada seluruh anggota Amal Serdang dan Pemuda PAS Serdang di atas komitmen yang tinggi di setiap tugasan yg diberikan.

Antara kreteria yg disebutkan ialah:
1. Mempunyai organisasi yg mantap.
2. Anggotanya sentiasa memberikan komitmen tinggi dan respon terbaik dalam setiap arahan diperingkat kawasan, negeri dan pusat.
3. Anggota yang sentiasa bepakaian kemas dan mempunyai disiplin yang tinggi.
4. Kerap mengadakan aktiviti Kebajikan seperti membantu mangsa banjir, sumbangan fakir miskin dan inisiatif penubuhan kaunter Fidyah.
5. Jumlah penyertaan sukarelawan tertinggi dan sumbangan bantuan terbanyak dalam operasi banjir di Kuantan dan Terengganu.

Moga ianya menjadi satu semangat buat semua anggota untuk terus beramal dalam Jabatan Amal Negeri Selangor.

Tahniah buat semua pimpinan Pemuda, Amal dan anggota Amal Serdang. terima kasih kepada pimpinan EXCO pemuda dibawah Ustaz Nushi yang sentiasa memberikan sokongan pada AMAL. Moga kita semua terus istiqomah dalam jemaah ini dan sentiasa beramal kerana Allah.

Komander Amal Serdang
24 Ogos 2014





Perlantikan Tuan Guru Haji Hadi sebagai Timbalan Presiden KesatuanUlama Islam Sedunia.

Gembira bercampur lega dengan perlantikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai salah seorang Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipimpin oleh Dr Yusuf Al Qardhawi. Beliau dilantik bersama Mufti Oman yang bermazhab Khawarij I'badi. Manakala Tuan Guru Hj Hadi sendiri ulama yang terjun dalam politik kepartian di Malaysia menggambarkan keterbukaan Sheikh Yusuf Al Qardhawi dan ulama ulama Islam seluruh dunia yang menyertai muktamar kesatuan tersebut.

Ia berlaku ditengah dunia Islam berada dipersimpangan dan sebahagian ummat Islam tercari cari identiti. Ketika dunia hampir melupakan fobia Toliban, muncul pula gerakan ISIS@ISIL yang mengundang fitnah baru kepada dunia Islam. Ketika dunia Arab baru menikmati kebebasan demokrasi pasca Arab Spring, penggulingan Mursi di Mesir melahirkan kekecewaan terhadap demokrasi tersebut. Maka muncullah gerakan gerakan persenjataan yang diminati oleh sebahagian anak muda Islam yang kecewa dengan pendekatan demokrasi yang damai tersebut.

Tuan Guru Haji Hadi mempertahankan pendekatan damai dalam menyelesaikan sebarang konflik dunia khususnya di Syria dan Mesir kini. Namun kadangkala ijtihad beliau dilihat bersendirian, hatta sebahagian kita di Malaysia pun ramai menolak Ijtihad beliau dalam hal tersebut tanpa melihat lebih dalam. Apabila berlaku peperangan, di luarnya dilihat mudah, tetali untuk jangka masa yang panjang kemusnahan akan berlaku dan sukar dibangunkan. Kemudian suasana perang mudah dimanipulasi oleh kuasa kuasa besar untuk mencatur sesuatu yang akhirnya merugikan dunia Islam. Itulah yang berlaku di Afghanistan dan Iraq serta berpotensi berlaku di Syria.

Kejayaan Tuan Guru Haji Hadi merintis perdamaian di Aceh Indonesia setelah berpuluh tahun hidup dalam peperangan adalah satu contoh yang baik untuk diteladani. Alhamdulillah anak anak Aceh hari ini menikmati suasana damai dan fokus mereka membangunkan ummah dan negeri mereka dengan baik.

Cara fikir Tuan Guru ini dikongsi bersama guru beliau Dr Najmuddin Erbakan, anak muridnya juga Erdogan, Dr Kaml Halbawi dan beberapa tokoh lain daripada pelbagai negara dan mazhab. Namun pasca pemergian Erbakan pada tahun 2011, dilihat ijtihad jalan damai Tuan Guru Haji Hadi seolah bersendirian dan terpencil. Kita bukan bimbang ijtihad ditolak, tetapi bimbangkan dunia Islam terjerumus secara besar ke kancah peperangan dan extremism semakin berleluasa yang menyebabkan mudah kita menjadi bidak catur kuasa kuasa barat. Namun cadangan Sheikh Yusuf Al Qardhawi dan penerimaan sebulat suara ahli muktamar yang terdiri daripada ulama ulama Islam seluruh dunia terhadap pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia memberi satu siar harapan yang cerah

Sebagaimana Allah memanjangkan usia Dr Yusuf Al Qardhawi sehingga 87 tahun hari ini, begitu juga harapannya agar Allah panjangkan usia Tuan Guru Haji Hadi yang kini berusia 67 tahun untuk memimpin dan membimbing dunia Islam ke tahap menjadi ummat lebih bermaruah, bukan dipijak dan dihina sebagimana di Palestin dan lain lain wilayah Islam. Sebagaimana kerajaan Qatar yang menjadikan negaranya sebagai pengkalan dan pejabat kepada Sheikh Qardhawi, begitulah selayaknya kerajaan Malaysia perlu menyediakan sebuah institusi dan pejabat untuk pergerakan Sheikh Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Catatan: Mohd Nasaie Ismail
SU Pemuda PAS Malaysia.




Sunday, August 17, 2014

Warna-warni Jamuan Raya Eidulfitri 1435H ADUN Bangi

Telah berlangsung Jamuan Eidulfitri 1435H ADUN Bangi bertempat di Bangi Gateway. Tahniah kepada para petugas AMAL dari Jabatan Amal Serdang yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan keselamatan dan lalulintas di Bangi Gateway berjalan lancar. 

Drpd YDP PAS Kawasan, YB Ustaz Mohd Shafie Bin Ngah:
"Terima kasih kpd semua petugas, pendokong & penyokong dalam menjayakan sambutan jamuan hari raya Adun Bangi hari ini. Teruskan khidmat hingga ke hujung keringat. Allah jua yang akan membalasnya".

Al-Amalulillah!










Tuesday, August 5, 2014

Kepada-Nya Kita Kembali: Kemalangan Jalanraya di BBM

Petang semalam telah belaku satu kemalangan jalanraya yang berlaku kematian di simpang 3 bersebelahan Banyan Close, Seksyen 1, Bandar Bukit Mahkota, di mana Komander Amal Serdang secara tidak langsung menjaga lalulintas di tempat kejadian. 

Walaubagaimana pun, mangsa kejadian tersebut telah diuruskan oleh penduduk dengan bantuan Jabatan Amal Serdang dengan baik dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Mahkota pagi tadi.

Alhamdulillah...

Amalulillah!