Unit Amal Serdang sekali lagi dipanggil dan diberi kepercayaan oleh Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 dalam menjaga keselamatan dan lalulintas di program tahunan mereka - Majlis Berkhatan Perdana dan Free Market@BBM.
Program tahunan ini mendapat sambutan yang amat baik dari seluruh penduduk Bandar Bukit Mahkota, lebih-lebih lagi pada musim sekolah ini. Selain itu juga, program Free Market@BBM juga diadakan khasnya meraikan ibu tunggal di kawasan Bandar Bukit Mahkota dan anak-anak yatim yang berdekatan. Konsep Free Market ini tiada unsur jual beli, hanya ada sedeqah amal jariah sahaja. Pengunjung boleh mengambil apa sahaja barangan yang ada hanya dengan senyuman sebagai bayaran.
Selain Unit Amal Serdang, Bomba Penyelamat Bangi juga turut serta dalam Majlis Berkhatan Perdana ini dengan menyediakan air semburan untuk anak-anak yang bakal dikhatankan.
Semoga usaha murni ini mendapat redha Allah Ta'ala.
Amalulillah!







































