Showing posts with label Jabatan Amal Kawasan Serdang. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Amal Kawasan Serdang. Show all posts

Saturday, March 14, 2015

Kayuhan Komuniti PutraMahkota 2015

Kayuhan Komuniti PutraMahkota sekali lagi telah berjaya berlangsung dengan jayanya untuk tahun 2015. Program yang telah di rasmikan oleh YB ADUN Bangi, Ust. Shafie Ngah dan mendapat penglibatan dari pelbagai kelab-kelab basikal dan orang perseorang dari seluruh kawasan Bangi dan Putra Mahkota.

Tidak dilupakan juga tim keselamatan dari pihak Polis Bandar Seri Putra, Unit Keselamatan Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra, Unit AMAL Kawasan Serdang dan ARC Serdang yang telah bersama-sama membantu kelancaran program ini.

Saturday, November 29, 2014

Majlis Berkhatan Perdana Bandar Bukit Mahkota

Unit Amal Serdang sekali lagi dipanggil dan diberi kepercayaan oleh Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 dalam menjaga keselamatan dan lalulintas di program tahunan mereka - Majlis Berkhatan Perdana dan Free Market@BBM. 

Program tahunan ini mendapat sambutan yang amat baik dari seluruh penduduk Bandar Bukit Mahkota, lebih-lebih lagi pada musim sekolah ini. Selain itu juga, program Free Market@BBM juga diadakan khasnya meraikan ibu tunggal di kawasan Bandar Bukit Mahkota dan anak-anak yatim yang berdekatan. Konsep Free Market ini tiada unsur jual beli, hanya ada sedeqah amal jariah sahaja. Pengunjung boleh mengambil apa sahaja barangan yang ada hanya dengan senyuman sebagai bayaran.

Selain Unit Amal Serdang, Bomba Penyelamat Bangi juga turut serta dalam Majlis Berkhatan Perdana ini dengan menyediakan air semburan untuk anak-anak yang bakal dikhatankan.

Semoga usaha murni ini mendapat redha Allah Ta'ala.

Amalulillah!






















Wednesday, November 5, 2014

Makluman Kebajikan JANS

MAKLUMAN KEBAJIKAN JANS (Jabatan AMAL Negeri Selangor)

Anak Ustaz Aie (AMAL Puchong) yang baru di lahirkan belum lagi keluar hospital dan berharap kepada mesin pernafasan saja. Menurut kata doktor berkemungkinan anaknya akan duduk lagi lebih lama di hospital kena tidak boleh bernafas dengan sendiri dan berharap kepada mesin pernafasan saja. Berat anaknya kurang dari kuota standart tumbesaran bayi dalam anggaran 1 kg lebih. Beliau dan isteri terpaksa berulang- alik ke hospital bg memantau keadaan bayinya.

Beliau juga mempunyai anak lain yang harus di beri perhatian. Oleh itu, marilah kita membantu semampu yang mungkin dalam bentuk apa sekali pun bagi meringankan bebanan tanggunggannya.

Paling tidak marilah kita berdoa kesihatan bayinya agar cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang sejahtera.

Amiin.

segala sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun
Maybank, No Akaun: 162366953494 (Nor Akhire Ramdan)

Unit Kebajikan JANS



Jambor AMAL Kebangsaan Kali Ke-21

2 November 2014 - Selesai sudah program tahunan Amal, iaitu Jambori AMAL Kebangsaan yang berlangsung dari 30 Oktober 2014 hingga 2 November 2014 di Kampung Pai, Padang Terap, Kedah Darul Aman. 

Kontinjen AMAL Selangor tahun ini memenangi:
1. Johan Tarik Tali
2. Johan Persembahan Pentomen dan Nasyid
3. Johan Masakan Survival dan Hotel
4. Johan dan Naib Johan Gusti Lengan Ketegori B
5. Naib Johan Acara Khemah dan Gadjed
6. Tempat ke-3 Pertandingan Hafazan & Pidato


Keseluruhan Negeri Selangor mendapat ke-2. Tahniah & terima kasih peserta2 jambori terutama tim Serdang yang menjadi tulang belakang Selangor dalam setiap acara

InsyaAllah kita akan berkumpul dan bertemu sekali lagi di Rembau, Negeri Sembilan tahun hadapan.

Sirru 'ala barakatillah!

KEPUTUSAN PENUH JAMBORI JABATAN AMAL MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-21

GUSTI LENGAN

KATEGORI A
1- Negeri Sembilan
2- Perlis
3- Terengganu
4- Kelantan

KATEGORI B
1- Selangor
2- Selangor
3- Johor
4- Kelantan

KATEGORI C
1- Terengganu
2- Johor
3- Pulau Pinang
4- Pahang

AZAN, HAFAZAN & PIDATO
1- Kelantan
2- Kedah
3- Selangor

MASAKAN SURVIVAL & MAKANAN HOTEL
1- Selangor
2- Kedah
3- Pulau Pinang
4- Pulau Pinang

AMAL RACE
1- Terengganu
2- Pahang
3- Terengganu
4- Melaka

LASTIK (INDIVIDU)
1- Kedah
2- Pahang
3- Pulau Pinang
4- Wilayah Persekutuan

MEMANAH (INDIVIDU)
1- Terengganu
2- Terengganu
3- Terengganu
4- Wilayah Persekutuan

IRON MAN
1- Pahang
2- Terengganu
3- Johor
4- Melaka

KAWAD KAKI
1- Kelantan
2- Melaka

TARIK TALI
1- Selangor
2- Wilayah Persekutuan
3- Negeri Sembilan
4- Kelantan

NASYID & PANTOMEN
1- Selangor
2- Terengganu
3- Kedah
4- Johor

MEMANCING
1- Johor

KHEMAH
1- Pulau Pinang

UNIT TERBAIK
1- Kedah

KONTINJEN TERBAIK
1- Terengganu
2- Selangor
3- Kedah



















 

Friday, October 10, 2014

Kursus Kepimpinan Pemuda Serdang - Siri 1

Jabatan Amal Serdang telah menghantar 5 anggota amal mereka dikalangan AJK Amal Kawasan dan pelapis pimpinan Amal Kawasan ke Kursus Kepimpinan Pemuda Serdang Siri 1 anjuran Lujnah Pengurusan Organisasi (LPO) dan Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) Kawasan Serdang.

Kursus ini dihadiri oleh pimpinan setiap cawangan dan lujnah pemuda kawasan. Penganjur meletakan sasaran untuk menghasilkan tenaga pemuda yang kompiten di peringkat cawangan dan kawasan

Kursus ini telah membawa peserta mengenal segala cabaran yang ada di sekeliling mereka dan bagaimana mereka menghadapinya sebagai petugas dan ahli sebuah jemaah Islam

Seterusnya mengalakan peserta untuk berfikir dan bertindak dengan kreatif terhadap cabaran2 yang telah dikenal pasti tadi dan daripada idea kreatif itu bagaimana mereka mampu membina pengaruh sebagai seorang pemimpin masyarakat

Akhirnya mereka perlu senaraikan plan tindakan yang mereka perlu bawa di cawangan dan lujnah masing-masing.

Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat kejayaan dan keberkatan dari Illahi. Tahniah buat semua yg hadir...

Amalulillah...






Saturday, September 20, 2014

Pengenalan Jambori Amal Negeri Selangor 2014

Jambori kali ini lebih menarik dan mencabar kerana Kali ini konsep jambori kita adalah bercorak “Pertandingan” antara kawasan dan zon, ia akan mendedahkan peserta kepada aktiviti survival dan menyelamat dalam hutan. 

Peserta akan ditempatkan di hutan lipur Ulu Perdik, Hulu Langat dikelilingi suasana persekitaran alam semula jadi yang seger dan menyamankan berhampiran sungai yg bersih dari air terjun Ulu Perdik. 

Peserta dan kawasan perlu membawa keperluan seperti senarai yang telah diberikan sebelum ini terutama baju Amal nombor 3 dan baju nombor 4 sebanyak mungkin, berkasut hitam, sukan dan lengkap dengan beret. Manakala Komander atau Ketua Kontingen kawasan perlu mempersiapkan peserta dengan bilangan yang mencukupi bagi setiap aktiviti pertandingan yang telah disenaraikan.

Peserta akan bersaing dalam membina perlindungan (Khemah), Masakan survival, kawad kaki, aktiviti sukan dan menyelamat (Amal Race) dan Sukan sunnah memanah dan sebagainya. Tidak lupa jugak sebahagian peserta akan dihantar ke kawasan kampung berdekatan untuk melaksanakan aktiviti rutin Unit Amal iaitu khidmat masyarakat gotong-royong di sana.

Selaku Pengarah program bagi Jambori Amal Negeri Selangor kali ke 16 ini ana mengalu-alukan kedatangan sahabat sekelian ke Ulu Perdik, Hulu Langat dan semoga kita semua dapat merealisasikan segala ilmu Jabatan Amal Malaysia sehingga dapat melahirkan skarelawan yang seimbang dunia dan akhirat, selain mampu berdikari mereka mampu menjadi anggota Amal yang berkeyakinan, dedikasi dan berdisiplin, tinggi motivasi diri, hormat memghormati dan mengamalakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, Insya Allah..

Shehdi Hazrik
Pengarah Jambori Amal Negeri Selangor ke 16
20-09-2014