Saturday, September 20, 2014

Pengenalan Jambori Amal Negeri Selangor 2014

Jambori kali ini lebih menarik dan mencabar kerana Kali ini konsep jambori kita adalah bercorak “Pertandingan” antara kawasan dan zon, ia akan mendedahkan peserta kepada aktiviti survival dan menyelamat dalam hutan. 

Peserta akan ditempatkan di hutan lipur Ulu Perdik, Hulu Langat dikelilingi suasana persekitaran alam semula jadi yang seger dan menyamankan berhampiran sungai yg bersih dari air terjun Ulu Perdik. 

Peserta dan kawasan perlu membawa keperluan seperti senarai yang telah diberikan sebelum ini terutama baju Amal nombor 3 dan baju nombor 4 sebanyak mungkin, berkasut hitam, sukan dan lengkap dengan beret. Manakala Komander atau Ketua Kontingen kawasan perlu mempersiapkan peserta dengan bilangan yang mencukupi bagi setiap aktiviti pertandingan yang telah disenaraikan.

Peserta akan bersaing dalam membina perlindungan (Khemah), Masakan survival, kawad kaki, aktiviti sukan dan menyelamat (Amal Race) dan Sukan sunnah memanah dan sebagainya. Tidak lupa jugak sebahagian peserta akan dihantar ke kawasan kampung berdekatan untuk melaksanakan aktiviti rutin Unit Amal iaitu khidmat masyarakat gotong-royong di sana.

Selaku Pengarah program bagi Jambori Amal Negeri Selangor kali ke 16 ini ana mengalu-alukan kedatangan sahabat sekelian ke Ulu Perdik, Hulu Langat dan semoga kita semua dapat merealisasikan segala ilmu Jabatan Amal Malaysia sehingga dapat melahirkan skarelawan yang seimbang dunia dan akhirat, selain mampu berdikari mereka mampu menjadi anggota Amal yang berkeyakinan, dedikasi dan berdisiplin, tinggi motivasi diri, hormat memghormati dan mengamalakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, Insya Allah..

Shehdi Hazrik
Pengarah Jambori Amal Negeri Selangor ke 16
20-09-2014



No comments:

Post a Comment