Assalamualaikum
Alhamdulillah program jambori AMAL Negeri Selangor telah melabuhkan tirainya semalam dgn jayanya, penuh kenangan dan sudah pasti ia menambah lagi satu episod pengalaman dan pembelajaran dalam diri setiap peserta yg menghadirinya.
Banyak maklum balas yang kami terima baik yg memuji dan yang memberi komen penambah baikan, dan kami terbuka hati untuk menerima segalanya dan mengharap agar jambori akan datang akan menjadi lebih baik dari tahun ini insya Allah..
Sekalung tahniah buat semua Komander Amal Kawasan yg hadir bersama anggota mereka dgn lengkap dan penuh bersedia, dan ini membuktikan antum semua bersedia dan mampu memimpin. Terbukti hebatnya peranan tuan2 dalam mengatur peserta dan menilai kemahiran anggota tuan2 serta menempatkan mereka dalam setiap acara yg dipertandingkan.
Jelas bahawa Objektif jambori Amal bukan tempat utk kita bertemu berkenalan dan merapatkan silaturahim sahaja, malah ia lebih dari itu, ia juga sebagai medan kita menguji anggota kita dan kepimpinan komander dalam mengatur strategik malah ia memberi ruang yang luas untuk kita semua menambah ilmu kurikulum Jabatan Amal dan seterusnya kita mampu melahirkan anggota2 Amal yg istiqomah dlm melakukan gerak kerja Amal kita.
Terima kasih tak terhingga pada barisan pimpinan Negeri terutama Tuan Pengarah Negeri Tuan Anuar, Su Zukri, TSU Yusof, Abg Rusli, Pak Mail, Ustaz Zol, Mazali, Pak Dolah, serta semua yg terlibat secara langsung dan tidak lagsung dalam memberi tunjuk ajar serta membantu kami dalam persiapan jambori Kali ini.
Tahniah dan terima kasih buat semua urusetia. AJK Logistik, Acara dan Makanan yg bertukus lumus mengalas amanah yg diberikan, dan percayalah sahabat sekelian program ini tidak akan berjaya tanpa pengorbanan keikhlasan tenaga dan masa kalian semua.. Antum semua Hebat, hanya ganjaran Allah sahaja yang mampu membelas segala amalanmu..
Dikesempatan ini ana dan seluruh jawatankuasa Jambori tahun ini menyusun sepuluh jari memohon ampun di atas segala kekurangan kami sepanjang mengendalikan program ini..
Semoga kita berjumpa lagi di Jambori seterusnya iaitu Jambori Amal Pusat.. Ayuh Luaskan Amal Mu & Beramal Kerana Allah...
"Terus Beristiqomah"
Shehdi Hazrik
Pengarah Program
Jambori AMAL Negeri Selangor Kali ke-16
29 Sep 2014