Monday, September 1, 2014

Kami Bersedia Dan Jangan Takut

Polis akan ambil tindakan sama terhadap Unit Amal PAS, kata Zahid Hamidi - 

The Malaysian Insider - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-akan-ambil-tindakan-sama-terhadap-unit-amal-pas-kata-zahid-hamidi

ISU PENAHANAN ANGGOTA PPS DAN "UGUTAN" TERHADAP JABATAN AMAL

Saya membaca liputan di Malaysiakini berkenaan dengan kenyataan YB Menteri 1Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa "Unit Amal PAS bakal berdepan tindakan sama" (merujuk kepada penahanan anggota PPS di Pulau Pinang).

Liputan berita boleh dibaca di sini http://m.malaysiakini.com/news/273322.html

Saya selaku Setiausaha Lajnah Undang2 & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat ingin menyatakan bahawa "SELURUH PEGUAM PAS BERSEDIA UNTUK KE BALAI & MAHKAMAH BAGI MEMBELA AHLI JABATAN AMAL" jika ditahan @ ditangkap.

Tangkap dan/atau dakwalah kesemua Ahli Jabatan Amal di seluruh pelosok tanahair, biar mahkamah menentukan sama ada ia salah @ tidak di sisi undang2. Jangan YB Datuk Menteri terlebih sudu dari kuah di dalam membuat "jatuh hukum" bagi pihak Mahkamah. 

Akhir kata, saya ingin mengingatkan YB Datuk bahawa negara ini mempunyai sistem perundangan dan negara ini adalah hak rakyat Malaysia secara bersama, bukan milik BN @ Menterinya sehingga boleh membuat kenyataan yang "seolah-olah" memperlihatkan kurang cerdiknya tahap pemikiran Menteri di 1Malaysia.

~ ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS
Ajk PAS Pusat merangkap SU LUHAM


No comments:

Post a Comment