Sunday, May 24, 2015

Bantahan Hukuman Mati Dr Morsi

Kuala Lumpur - 22 Mei 2015, menyaksikan satu perhimpunan bagi membantah hukuman mati keatas Dr Morsi, bekas Presiden Mesir yang digulingkan.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS ini disertai oleh ratusan peserta yang turut mengiringi pimpinan bagi menyampaikan memorandum bantahan.

Para peserta bermula dengan Solat Jumaat di Hotel De Palma Ampang. Sejurus kemudian mereka berarak sekitar 1km menuju ke kedutaan Mesir.

Difahamkan tiada wakil dari pihak kedutaan Mesir menerima memorandum tersebut. Amal Serdang dengan kekuatan 4 orang turut sama dengan Amal kawasan yang lain memastikan program dan peserta berada dalam keadaan baik. Sehingga tamat program, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

#BeramalKeranaAllah.

Jamuan Meraikan Petugas AGM Kawasan Serdang

Bangi - Jumaat yang lepas tanggal 22 Mei, Pas kawasan Serdang telah mengadakan jamuan bagi meraikan petugas-petugas yang menjayakan AGM ke-31 bagi kawasan Serdang.

Sehubungan itu, anggota amal dijemput bagi menjayakan majlis sambutan tersebut, ahli Amal antara yang bertugas di banyak seksyen pada hari AGM antaranya bahagian perbarisan, parkir, pengundian dan banyak lagi, mereka telah memberi komitmen yang terbaik.

Amal Serdang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang berwajib menjayakan majlis ini. Seeru ala barakatillah.

#BeramalKeranaAllah

Saturday, May 16, 2015

Demo Tabung Haji

15 Mei yang lalu, satu demo menyerah memorandum kepada pihak pengurusan Tabung Haji selepas solat Jumaat. Beberapa ahli Jabatan Amal Serdang telah mengikuti demo tersebut.

Demo berjalan dengan aman dan pihak Tabung Haji dengan terbuka turun menerima memorandum daripada pihak penganjur. Tahniah Jabatan Amal Serdang.

Wallahu ta'ala a'lam

#TerusBeristiqomah
#LuaskanAmalMu
#BeramalKeranaAllah

Misi Bumi Kenyalang

Seramai 14 orang anggota Unit Amal Serdang telah menginfaqkan diri mereka berangkat ke Jambori dan misi kebajikan menyantuni pengundi di DUN Sebuyau (DUN Angkat Pas Negeri Selangor) sempena Pilihanraya Raya Negeri yang akan diadakan pada tahun ini.

Misi kali ini mengambil masa 5 hari dari 14hb Mei hingga 18hb Mei. Harapan Jabatan Amal Serdang semoga misi kali ini berjalan lancar dan selamat berangkat dan kembali ke semenanjung. Seeru ala barakatillah.

Wallahu ta'ala a'lam.

#TerusBeristiqomah
#LuaskanAmalMu
#BeramaKeranaAllah