Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang dan Persatuan Belia Prihatin bersama beberapa pertubuhan NGO Islam merasa terpanggil untuk memberi bantuan dan sumbangan bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir di lembah pantai terutama di Kelantan.
Justeru itu, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Serdang mengambil tanggungjawab membuka Pusat Sumbangan Bencana Banjir Pantai Timur bertempat di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi.
Bagi memudahkan warga Lembah Klang yang pemurah untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan, Orang ramai terutama warga Bangi, Sri Serdang dan Balakong boleh menghantar barangan sumbangan mereka di pusat pengumpulan tersebut.
Menurut Komander Jabatan Amal Malaysia Kawasan Serdang , Sdr Shehdi “Kontigen Amal Selangor sekarang sedang bergerak malalui 3R iaitu Rescue, Relief dan Recovery dan sekarang kami sedang bergerak di tahap kedua iaitu ‘Relief’ sebelum tahap akhir iaitu Recovery digerakan setelah banjir surut nanti. menurut beliau, bagi tahap ini mereka akan mengumpulkan semua barang-barang sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa banjir seperti makanan dalam tin seperti sardin, kari ayam, tuna dan sebagainya dan juga air mineral, mee segera, mee hun serta keperluan asas seperti selimut, tikar, lampin bayi pakai buang dan pakaian kanak-kanak serta keperluan wanita.
"Keperluan ini sangat mendesak dan amat diperlukan oleh magsa banjir, kita perlu bantu mereka terutama warga kota dan lembah klang" ujarnya.
Tambahnya, para penyumbang juga boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk kegunaan melaksana misi banjir ke akaun Bank Muamalat (M) Berhad atas nama Unit Amal Serdang, nombor akaun 1210-00000-207-18 atau ke akaun Maybank Bhd, atas nama Akaun Tabung Amal Serdang Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang, nombor akaun 5628-3463-2741.
Para penyumbang boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut, Shehdi (012-3848959) dan Ustaz Idris (013-2966549).
