Kayuhan Amal sempena Himpunan Bangkit Gaza telah berlangsung di Putra Mahkota bersama-sama YB Shafie Ngah, Adun Bangi. Kayuhan ini bermula dari Restoran Thaqwa, Bandar Seri Putra dan akan singgah di surau dan masjid berdekatan yang akan menyerahkan sumbangan mereka yang telah berjaya dikutip dari dermawan sekeliling qariah dalam membantu rakyat Gaza.
Antara surau dan masjid yang menyerahkan sumbangan ini adalah:
(1) Surau Ar-Raudah, Seksyen 5, Bukit Mahkota.
(2) Masjid Kampung Bangi.
(3) Surau Al-Ikhlas, Taman Impian Putra.
(4) Surau Sayyidina Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra.
(5) Masjid KUIS
Sumbangan yang dikutip akan diserahkan dalam program kemuncak Himpunan Kebangkitan Gaza Sempena Hari Kemerdekaan di Stadium MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pada malam hari sama.
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, pengayuh tegar kawasan Putra Mahkota, team keselamatan BSP, ARC Selangor dan tidak lupa Amal Kawasan Serdang yang bersama-sama turut serta didalam menjayakan program ini.
Alhamdulillah. Semoga semua usaha ini diberkati Allah Ta'ala.
Infiru 'ala baraktillah!!!











No comments:
Post a Comment