Tuesday, January 27, 2015

Rumah Transit Mangsa Banjir Kuala Krai oleh ADUN Bangi, Bangi Care dan Unit Amal Kawasan Serdang

Sabtu 24 Jan 2015 - Gerak kerja pemasangan 6 unit rumah rakyat pasang siap Bangi Care & Pejabat YB Adun Bangi oleh Jabatan Amal Malaysia Kawasan Serdang bersama penduduk kampung Kuala Nal telah bermula semenjak Jam 9.00 pagi. Keneam-enam rumah tersebut telah berjaya didirikan dalam masa sehari iaitu sehingga jam 9.00 malam. 

Menurut Komander Amal Kawasan Serdang Sdr. Shehdi Hazrik, seramai 15 anggota Amal kawasannya telah turun memasang rumah-rumah tersebut dan dibantu lebih kurang 10 ahli PAS Kawasan serta penduduk Kampung Kuala Nal. Sebahagaian anggota amal kawasan serdang pula telah dikerahkan untuk membantu sukarelawan membersihkan rumah-rumah mangsa di Dabong yang diketuai oleh Timbalanya Sdr Nadzir. 

Kerja pemasangan tersebut telah diketuai oleh Sdr Hanafiah selaku Pengurus Projek Bangi Care yang turut bersama membantu memasang rumah tersebut yg bernilai RM15 ribu seunit. Sejumlah RM90 ribu sumbangan dari pelbagai pihak termasuk cawangan-cawangan PAS Kawasan Serdang, Pasti Dewan Pemuda Serdang, Dewan Muslimat Serdang serta badan-badan NGO telah diterima oleh Bangi Care bagi mendirikan 6 unit rumah semi D berkeluasan 10x25 seunit itu. 

Rumah tersebut telah diberikan kepada Mangsa Banjir yang kehilangan rumah mereka akibat Banjir, dan peneriama terdiri daripada Warga Emas dan Keluarga yang baru menerima kelahiran anak yang telah deserahkan secara rasmi pada hari perasmian esoknya oleh Dato Abdul Fatah Mahmood Exco Perumahan dan Tempatan Kerajaan Negeri Kelantan mewakili Menteri Besar Kelantan. Turut hadir YB Ustaz Shafie Ngah serta Nazir Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi Ustaz Hj Mohd Napiah Sahrani (selaku penyumbang terbesar RM40 Ribu)












No comments:

Post a Comment